Wednesday, January 22, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    20 kru hilang, kapal kandas akibat taufan

    MANILA, 20 APRIL – Pasukan mencari dan menyelamat dikerahkan bagi mencari 20 kru hilang di Filipina selepas kapal kargo mereka terkandas ketika mencari perlindungan daripada ombak tinggi akibat taufan, kata pengawal pantai.

    Para kru mengabaikan kapal dipenuhi dengan bijih nikel kelmarin selepas ia terkandas di pesisir pantai di bandar Malimono di selatan pulau Mindanao.

    Lapan daripada mereka masih dalam rakit terapung ketika terputus hubungan hari ini, menurut jurucakap pengawal pantai, Armand Balilo. Keberadaan yang lain masih belum diketahui.

    “Kami masih dapat berhubung sehingga pagi ini semasa rakit mereka hanyut,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda