Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Feb – Dalam berkongsi pengetahuan dan menjelaskan cara-cara penggunaan produk Sony terutamanya kamera lensa boleh tukar (ILC), pengedar tunggal produk Sony di negara ini, Multitrons Sdn Bhd telah mengadakan Bengkel ILC – ‘Pembelajaran Asas Kamera Tanpa Cermin bersama Sony’ kepada mahasiswa dan mahasiswa Universiti Brunei Darussalam (UBD).
Bengkel yang diadakan selama dua hari bermula hari ini telah dianjurkan bersama UBD turut mengundang wakil Sony Singapura iaitu Pakar Produk Sony Alpha, Goh Keng Cheong dan disaksikan oleh penolong pengurus Bahagian Pengimejan Digital, Sony Singapura bersama Penolong Profesor dalam Industri Reka Bentuk dan Kreativiti & Perhubungan Profesional dan Media, Dr Yong Liu.
Menurut Timbalan Pengurus Syarikat Bestvesion Electric selaku salah sebuah pengedar rasmi produk Sony Multitrons, Adeline Leong, berkata, “Ketika kami membuka perniagaan kami di UBD, ramai mahasiswa dan mahasiswi kurang mengenali kategori Sony ILC. Sebab itu, kami bercadang untuk bekerjasama dengan UBD untuk menganjurkan bersama bengkel bagi mendidik yang belum mengenali dan memahami Sony ILC yang akan berkongsi pengalaman mereka kepada komuniti UBD.”
Bengkel asas itu telah dimulakan dengan sesi suai kenal yang diikuti dengan pembelajaran teori. Selepas itu, para peserta dibawa ke persekitaran luar kawasan UBD untuk menerokai pengalaman menggunakan ILC tanpa cermin di bawah bantuan pengajar. Acara tersebut diakhiri dengan penyampaian sijil tamat bengkel kepada 20 peserta berkenaan.