NAIROBI, 2 FEB – Sekurang-kurangnya 20 orang di Tanzania dihimpit hingga mati pada upacara gereja Kristian terbuka di utara negara, kata pegawai hari ini.
Pegawai kerajaan Kippi Wariona, Pesuruhjaya Daerah di utara bandar Moshi, berkata beliau khuatir jumlah kematian mungkin meningkat akibat kemalangan itu, yang berlaku pada petang semalam.
“Setakat ini, 20 orang telah terkorban, namun angka kematian mungkin meningkat kerana terdapat juga mangsa yang cedera,” beritahu Warioba kepada AFP.
Tragedi itu berlaku apabila sekumpulan jemaah sedang menghadiri upacara doa semalam yang dipimpin oleh pengkhutbah terkenal, Boniface Mwamposa, yang mengetuai gereja Arise and Shine Ministry Tanzania.
Kejadian rempuhan berlaku apabila Mwamposa, yang menggelar dirinya ‘Apostle’, menuang apa yang dikatakannya minyak suci di atas tanah dan orang ramai meluru untuk menyentuhnya dalam harapan disembuh daripada penyakit, kata saksi. – AFP