Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    20 maut, 11 cedera dalam nahas dua van di Ivory Coast

    ABIDJAN, 11 NOV — Seramai 20 orang dilaporkan maut dan 11 lagi cedera apabila dua van bertembung di selatan Ivory Coast pada hujung minggu lalu, kata pegawai tempatan hari ini.

    Kejadian berlaku pada petang kelmarin, kira-kira 20 kilometer dari bandar Gagnoa, menurut kenyataan Perkhidmatan Perlindungan Awam (ONPC).

    Jumlah korban sementara itu disahkan oleh pusat kesihatan di kampung Ahziabre, lokasi kemalangan yang berlaku sekitar jam 7:30 malam waktu tempatan.

    Ivory Coast sering berhadapan dengan kemalangan jalan raya maut, berpunca daripada keadaan jalan kurang baik dan kenderaan yang usang serta pemandu tanpa lesen yang sah.

    Menurut Kementerian Pengangkutan, secara purata, antara 1,000 hingga 1,500 kematian akibat kemalangan jalan raya berlaku setiap tahun di negara ini, yang memiliki lebih 1.5 juta kenderaan beroperasi.

    Pada September lalu, 13 orang dilaporkan rentung apabila sebuah kereta bertembung dengan lori tangki di bahagian utara negara tersebut.

    Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah dalam beberapa tahun kebelakangan ini untuk mengurangkan kadar kemalangan maut, termasuk penggunaan sistem mata pada lesen memandu, larangan mengimport kenderaan berusia lebih lima tahun, penyelenggaraan jalan, dan pemasangan kamera pemantauan. – AFP

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda