MUZAFFARABAD, PAKISTAN, 3 NOV – Kira-kira 20 orang termasuk kanak-kanak maut apabila sebuah bas terjunam dalam gaung, di Kashmir yang ditadbir Pakistan, hari ini, kata para pegawai.
“Bas yang membawa 40 penumpang itu menuju ke Rawalpindi apabila ia terjunam ke dalam gaung dalam ketika melalui selekoh tajam,” kata Pegawai Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Tempatan Raja Moazzam kepada AFP.
Beliau menyalahkan pemandu memandu laju punca kemalangan itu dan berkata pihak berkuasa sedang berusaha untuk mendapatkan mayat dan penumpang cedera.
Kemalangan itu berlaku di kawasan terpencil kira-kira 160 kilometer timur Muzaffarabad, ibu kota Kashmir yang ditadbir Pakistan.
Seorang lagi pegawai pentadbiran tempatan turut mengesahkan kemalangan itu mengorbankan 23 penumpang. – AFP