Thursday, March 20, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    20 maut di kelab malam Afrika Selatan

    EAST LONDON, AFRIKA SELATAN, 26 JUN – Sekurang-kurangnya 20 orang muda maut di sebuah persinggahan kelab malam sementara di sebuah perbandaran di bandar selatan Afrika Selatan, East London kelmarin.

    Punca kematian setakat ini masih tidak jelas.

    Pegawai kanan dari kerajaan wilayah telah bergegas ke tempat kejadian, di mana sekurang-kurangnya enam buah kenderaan jenazah berbaris di jalan kediaman menunggu untuk mengambil mayat, lapor seorang wartawan AFP.

    Meminum minuman beralkohol adalah dibenarkan di pub perbandaran Afrika Selatan yang biasanya dikenali sebagai sheebens atau kedai minuman yang kadangkala dapat ditemui di rumah-rumah, di mana peraturan keselamatan jarang dikuatkuasakan.

    “Jumlah itu telah meningkat kepada 20 orang dan tiga telah meninggal dunia di hospital. Tetapi masih terdapat dua orang lagi yang dalam keadaan sangat kritikal,” kata ketua jabatan keselamatan kerajaan wilayah, Weziwe Tikana-Gxothiwe di televisyen tempatan.

    Seorang ketua Wilayah Cape Timur, Oscar Mabuyane yang kelihatan terkejut, ditemui di luar lokasi kejadian, sebuah bangunan yang dikelilingi rumah di kawasan yang dipanggil sebagai Scenery Park.

    “Ia benar-benar sukar dipercayai. Kami langsung tidak dapat memahaminya. Kehilangan 20 nyawa belia begitu sahaja amat menyedihkan,” katanya sambil mengutuk peraturan penggunaan minuman keras tanpa had di wilayah tersebut.

    Selain itu, beberapa botol alkohol kosong, rambut palsu dan juga selempang ‘Selamat Hari Lahir’ berwarna ungu turut dijumpai bersele-rak di luar jalan Enyobeni Tavern, menurut seorang pegawai kesela-matan kerajaan, Unathi Binqose yang tiba di tempat kejadian pada waktu subuh kelmarin. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda