Wednesday, March 19, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    20 maut ditimbus runtuhan salji di Afghanistan

    KABUL, 5 Feb – Sekurang-kurangnya 20 orang mati disebabkan runtuhan salji dan cuaca sejuk melampau di Afghanistan dan pasukan penyelamat masih berusaha untuk menyelamatkan mereka yang terperangkap di bawah timbunan salji.

    Runtuhan salji berlaku susulan salji tebal turun selama tiga hari, memusnahkan rumah dan menutup laluan di wilayah tengah dan timur laut negara itu. Jurucakap wilayah Badakhshan, Naweed Frotan, berkata sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh termasuk tiga wanita dan dua kanak-kanak selepas rumah mereka tertimbus oleh runtuhan salji. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda