Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    20 maut kenderaan langgar periuk api

    KANO, 3 NOV – Sekurang-kurangnya 20 penumpang beca bermotor yang baru sahaja pulang dari menghadiri upacara pengebumian, terbunuh apabila kenderaan dinaiki mereka terkena periuk api di timur laut Nigeria.

    Seorang anggota tentera, Gremah Bukar, berkata dua lagi penumpang kenderaan itu cedera parah dalam tragedi ketika semua mangsa sedang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri pengebumian jenazah serangan pengganas semalam.

    Beliau berkata 22 mangsa yang semuanya lelaki berasal dari Kampung Karabiri, terlanggar periuk api yang dipercayai ditanam oleh pengganas.

    “Terdapat kebimbangan pengganas boleh kembali dan mengganggu upacara pengebumian tetapi orang ramai berkeras untuk tetap mengebumikan jenazah,” katanya.

    Sebelum kejadian, penduduk kampung mengadakan pengebumian untuk mangsa di Kayayya di daerah Geidam di Yobe, yang maut di tangan pengganas Boko Haram.

    Dalam pada itu, Gremah berkata kedua-dua mangsa yang cedera dibawa ke hospital besar di Geidam, yang jaraknya kira-kira 30 kilometer dari lokasi kejadian. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda