Saturday, April 19, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    20 maut, kereta meletup di Kaherah

    KAHERAH, 5 OGOS – Kira-kira 20 orang terkorban apabila sebuah kereta yang dipandu laju melawan aliran trafik melanggar ke tiga buah kenderaan lain sehingga mengakibatkan letupan besar di Kaherah, kata Kementerian Kesihatan Mesir hari ini.

    Kemalangan kereta itu berlaku sejurus sebelum tengah malam semalam di luar Institut Kanser Negara di tengah Kaherah yang juga mencederakan 47 orang, tambah kementerian. Empat yang terbunuh dalam nahas itu masih belum dikenal pasti.

    Antara ‘tiga dan empat (mangsa cedera) dalam keadaan yang kritikal dalam unit rawatan rapi,” kata Khaled Megahed, jurucakap bagi Kementerian Kesihatan kepada sidang media awal hari ini.

    Menurutnya mereka mengalami ‘tahap kecederaan kebakaran yang berbeza’.

    Sebahagian anggota badan juga dikutip dari tempat kejadian, tambahnya.

    Pengguna media sosial menyiarkan rakaman kereta terbakar di tempat kejadian dan para pesakit yang dipindahkan dari Institut Kanser, yang turut mengalami kemusnahan dan terbakar dalam letupan tersebut.

    Megahed berkata 78 pesakit kanser dari institut itu telah dipindahkan ke hospital lain untuk meneruskan rawatan mereka.

    Pendakwa raya Am Mesir telah mengarahkan siasatan untuk memastikan punca kemalangan itu. Kemalangan jalan raya yang membawa maut adalah berpunca daripada kecuaian pemandu dan infrastruktur usang dengan 3,000 orang terkorban dalam lebih 8,400 kemalangan pada tahun 2018, menurut angka rasmi yang disiarkan awal tahun ini. – AFP

    Pasukan Keselamatan Mesir dan orang ramai berkumpul di sekitar kereta yang rentung akibat kemalangan yang berlaku sebelum tengah malam pada 4 Ogos di luar Institut Kanser Negara tengah Kaherah. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda