Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    20 maut minum arak beracun di India

    NEW DELHI, 17 OKT – Kira-kira 20 orang maut selepas terminum arak beracun di Bihar, timur India, lapor media tempatan hari ini.

    Jualan arak diharamkan di Bihar, namun penduduk tempatan mendakwa penguatkuasaan larangan tidak begitu ketat dan arak tiruan dihasilkan secara haram.

    Tejashwi Yadav, pemimpin parti Rashtriya Janata Dal (RJD) yang berpusat di Bihar berkata jumlah kematian akibat arak tiruan mencecah 30 orang dan puluhan lagi hilang daya penglihatan.

    “Orang ramai mengatakan arak diharamkan di Bihar. Tetapi ia masih boleh didapati di mana-mana,” kata Yadav.

    Kematian terbaharu ini berlaku dalam komuniti miskin di daerah Siwan dan Saran, menurut laporan tempatan. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda