20 murid tadika maut sekolah terbakar

NIAMEY, 14 APRIL – Kira-kira 20 murid tadika terkorban dalam insiden kebakaran di sebuah sekolah di ibu negara Niger ini, semalam.

“Sebanyak 21 bilik darjah dalam pondok jerami telah dijilat api dan kira-kira 20 kanak-kanak terperangkap dalam kebakaran itu.

“Anggota penyelamat berkejar ke lokasi sebelum berjaya memadamkan kebakaran.

“Bagaimanapun, api terlalu marak ketika kejadian dan kanak-kanak terbabit gagal menyelamatkan diri,” kata komander bomba, Sidi Mohamed, melalui siaran televisyen.

Siaran televisyen itu turut memetik saksi memaklumkan, kebakaran tercetus kira-kira jam 4 petang ketika mangsa sedang berada di dalam bilik darjah.

Punca kejadian belum dikenal pasti setakat ini.

Perdana Menteri Niger, Ouhoumoudou Mahamadou turut melawat lokasi kejadian dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Pihak berkuasa membina ribuan pondok jerami yang digunakan sebagai bilik darjah, dengan muridnya kadang-kadang terpaksa duduk di atas lantai. – AFP

Gambar yang diambil dari video AssociatedPress menunjukkan kerusi, meja dan objek lain hangus terbakar di sekolah di Niamey, Niger kelmarin. Pihak hospital berkata20 murid tadika terkorban dalam insiden kebakaran di sebuah sekolah di ibu kota Nigerkelmarin. – AP