Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    20 negara tawar senjata kepada Ukraine

    WASHINGTON, 24 MEI – Lebih 20 negara menawarkan pakej bantuan keselamatan baharu kepada Ukraine bagi memerangi pencerobohan tentera Rusia, dalam mesyuarat sekutu pada Isnin.

    Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin, membuat pengumuman itu dalam perjumpaan kedua yang dihadiri lebih 40 negara dan organisasi yang membentuk Kumpulan Perhubungan Pertahanan Ukraine.

    Perjumpaan itu dibuat secara dalam talian bagi membincangkan bantuan Ukraine dan 20 negara menjanjikan senjata, peluru dan bekalan lain untuk menyokong Kyiv.

    Kumpulan itu diberi taklimat oleh Menteri Pertahanan Ukraine, Oleksiy Reznikov, berhubung situasi semasa dalam peperangan selama tiga bulan, di mana kedua-dua pihak bertempur di barisan hadapan di wilayah yang dirampas Rusia di selatan dan timur Ukraine.

    “Hari ini, bersama Menteri Reznikov dan pasukannya, kami mendapat dan berkongsi dengan lebih jelas keperluan utama Ukraine dan situasi di medan perang.

    “Banyak negara yang menghulurkan keperluan kritikal peluru artileri, sistem pertahanan pantai, kereta kebal dan kenderaan berperisai lain,” katanya.

    Beliau berkata pihak lain turut menawarkan latihan untuk ketenteraan Ukraine.

    Katanya, Denmark komited untuk menghantar Harpoon iaitu sistem peluru berpandu antikapal dan Czech Republik menawarkan helikopter serangan, kereta kebal dan sistem roket. – AFP

    Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin (kiri) dan Jeneral Mark Milley bercakap kepada wartawan selepas mesyuarat maya bersama Kumpulan Perhubungan Pertahanan Ukraine di Pentagon, Washington pada 23 Mei 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...