Thursday, September 19, 2024
34.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    20 panggilan kecemasan libatkan pokok tumbang di Sabah

    KOTA KINABALU, 17 SEPT – Sebanyak 20 panggilan kecemasan melibatkan pokok tumbang diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sabah di beberapa daerah sekitar negeri ini sejak semalam hingga 11 pagi ini.

    Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan panggilan awal diterima pada 8 pagi semalam dan kejadian dipercayai kerana angin kencang, hujan lebat serta cuaca tidak menentu.

    Menurut kenyataan itu antara daerah yang terjejas ialah Tuaran, Penampang, Kota Kinabalu, Kota Belud, Kudat, Tenom, Sook, Tawau dan Lintas.

    Bilangan kes pokok tumbang mengikut daerah melibatkan empat kes masing-masing di Kota Belud dan Lintas, tiga kes masing-masing di Penampang dan Kudat, dua kes di Kota Kinabalu, dan masing-masing satu kes di Tuaran, Tenom, Sook dan Tawau. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda