Saturday, December 28, 2024
26.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    20 pegawai SEA-Vet hadiri program latihan aplikasi IR4.0

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – Seramai 20 pegawai SEA-Vet dari negara-negara ASEAN, kelmarin telah menghadiri program latihan serantau secara hibrid yang memberi tumpuan kepada aplikasi Industri 4.0 (IR4.0).

    Program anjuran Kolej Pengajian Siswazah Antarabangsa (KIGS) itu memaparkan kemajuan canggih KIGS dalam realiti terimbuh (AR), realiti maya (VR), dan teknologi inovatif lain yang secara signifikan meningkatkan pengalaman pendidikan.

    Dalam program itu, peserta berpeluang mengikuti demonstrasi projek AR dan VR, di samping membolehkan mereka menyaksikan secara langsung manfaat praktikal teknologi yang ditawarkan dalam pembelajaran dan pengajaran.

    Selain daripada demonstrasi, program juga merangkumi sesi jaringan yang memberikan peluang untuk perbincangan tidak formal dan kerjasama, memupuk perkongsian masa depan di antara peserta.

    Acara tersebut juga melibatkan penyertaan salah satu syarikat VR dan AR di Brunei, yang telah memaparkan teknologi terkini mereka dalam aplikasi VR dan AR, memperlihatkan kemajuan dunia nyata dan pelaksanaan praktikal dalam pendidikan.

    Usaha kerjasama seumpama itu menekankan komitmen KIGS untuk mengintegrasikan teknologi canggih dalam kurikulumnya.

    Kejayaan KIGS selaku hos kepada pegawai SEA-Vet itu menandakan detik penting bagi KIGS, mencerminkan dedikasi institusi tersebut terhadap inovasi pendidikan dan kerjasama serantau.

    KIGS di masa akan datang bersedia untuk membina momentum sedemikian dan mengukuhkan peranannya sebagai peneraju dalam menghayati teknologi untuk meningkatkan hasil pembelajaran bagi pelajar di seluruh rantau ini.

    ATAS & BAWAH : Para rombongan melihat lebih dekat lagi mini pameran teknologi terkini pada acara tersebut. – GAMBAR SERAHAN KIGS
    GAMBAR SERAHAN KIGS
    GAMBAR SERAHAN KIGS
    GAMBAR SERAHAN KIGS

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda