Saturday, March 15, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    20 pelajar berjaya ikuti Program Urban Farming

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Seramai 20 orang pelajar BIBD ALAF berjaya menamatkan Program Urban Farming selama sembilan bulan, yang direka khusus untuk membangunkan kepakaran dan kemahiran pertanian mereka serta untuk menanam inovasi dalam amalan pertanian menerusi penggunaan sistem hidroponik.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), di sini, para pelajar berkenaan diraikan dalam majlis penyampaian sijil bagi menandakan mereka berjaya menamatkan program di Bangunan PGGMB, Bandar Seri Begawan pada 29 November lalu.

    Kenyataan menyatakan bahawa hadir untuk menyampaikan sijil kepada para pelajar ialah Ketua Pegawai Pemasaran BIBD, Hajah Nurul Akmar binti Haji Mohd Jaafar.

    Hajah Nurul Akmar dipetik menyatakan bahawa menerusi program berkenaan, BIBD ingin melihat para pelajar membangunkan ilmu pengetahuan dan kemahiran pertanian mereka sebagai sebahagian daripada pembangunan zaman awal kanak-kanak.

    Menerusi usaha itu, ia diharap akan melahirkan warga Brunei yang berupaya untuk menerajui dan membangunkan industri pertanian Brunei selaras dengan matlamat wawasan 2035 iaitu untuk memastikan sara diri dalam produk-produk pertanian serta bekalan makanan kebangsaan.

    Para pelajar juga dibekalkan dengan sistem hidroponik bagi mereka meneruskan amalan pertanian di rumah dan sepanjang program itu, para pelajar telah dilatih oleh Syarikat Agrowmetro.

    Salah seorang peserta menggunakan sistem penanaman hidroponik semasa Program Urban Farming. – Gambar oleh BIBD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda