Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    20 pelajar di Nigeria maut akibat meningitis

    NIGERIA, 29 FEB – Wabak meningitis di Nigeria telah membunuh kira-kira 20 pelajar sekolah asrama dan menjangkiti ratusan yang lain, kata pesuruhjaya pendidikan di timur laut negeri Yobe, kelmarin.

    “Kami telah merekodkan wabak meningitis di enam sekolah menengah di negeri ini yang menyebabkan kematian 20 pelajar daripada 473 yang dijangkiti,” kata Mohammed Sani Idriss.

    Pusat wabak itu terletak di bandar Potiskum dan yang paling teruk terjejas ialah Kolej Teknikal Kerajaan, menyumbang kepada 17 kematian, kata Idriss.

    Sekolah-sekolah itu berada di bawah pengawasan perubatan dan dilengkapi pusat pengasingan dan kemudahan penjagaan kecemasan, katanya.

    “Keadaan sudah terkawal kerana kami tidak mencatatkan sebarang kes baharu sejak dua hari lepas manakala 370 daripada mereka yang dimasukkan ke hospital telah pulih dan dibenarkan keluar,” tambah Idriss. Meningitis adalah jangkitan pada selaput otak dan saraf tunjang, dijangkiti melalui titisan pernafasan atau kahak serta menyebabkan kadar kematian yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda