Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    20 pelajar dicalon Presiden, Naib Presiden GDWC

    Oleh Salawati Haji Yahya –
     
    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Seramai 20 pelajar dari 10 sekolah telah dicalonkan sebagai Presiden dan Naib Presiden Majlis Pahlawan Hari Hijau (GDWC) di sekolah masing-masing pada Majlis Pelantikan Pahlawan Hari Hijau yang berlangsung kelmarin.
     
    Hadir selaku tetamu kehormat di majlis itu, Pemangku Pengarah Jabatan Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan, Haji Metussin bin Haji Jais dan seterusnya menyampaikan sijil pengiktirafan kepada wakil pelajar. 
     
    Majlis berkenaan turut dihadiri oleh wakil Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan dan JASTRE yang menyokong Program Hari Hijau. 
     
    GDWC merupakan kelab komuniti sekolah yang ditubuhkan untuk memajukan inisiatif perubahan iklim dan kemampanan pelajar di sekolah setelah menghadiri program Hari Hijau di sekolah masing-masing. 
     
    Pertandingan Fesyen Kitar Semula Antara Sekolah adalah acara yang paling dinanti-nantikan dan tiga pemenang utama adalah Sekolah Menengah (SM) Sayyidina Abu Bakar di tempat pertama, Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri di tempat kedua; dan SM Sultan Sharif Ali di tempat ketiga.
     
    Program Hari Hijau dikendalikan oleh Curious Mind dan disokong oleh Kolej Perdagangan dan Teknologi Cosmopolitan sebagai penaja platinum, Perkhidmatan Pilotage Darussalam dan Gleneagles sebagai penaja gangsa.
     
    Sekolah yang dicalonkan ialah SMh Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, SM Sayyidina Abu Bakar, SM Pengiran Isteri Hajah Mariam, Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri dan Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien.
     
    Turut menerima pencalonan itu, SM Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, SM Sultan Sharif Ali, Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, SM Pehin Dato Seri Maharaja dan Kolej Cosmopolitan.
     
    Penyerahan sijil kepada Presiden Pahlawan Hari Hijau dari Kolej Perdagangan dan Teknologi Cosmopolitan. – GAMBAR SERAHAN CURIOUS MIND
    Para peserta bergambar ramai pada Sambutan Hari Hijau. – GAMBAR SERAHAN CURIOUS MIND
    GAMBAR SERAHAN CURIOUS MIND
    GAMBAR SERAHAN CURIOUS MIND
    GAMBAR SERAHAN CURIOUS MIND
    GAMBAR SERAHAN CURIOUS MIND

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Sisa makanan jadi bahan utama kebun komuniti lestari

    Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR, 23 NOV - Di tengah-tengah hiruk...

    Persatuan Pediatrik Brunei anjur sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV- Persatuan Pediatrik...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    3 pelajar ke Jepun dalami pengajaran bencana tsunami

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov- Sekumpulan...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...