Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    20 pelanggan bertuah dipilih dalam cabutan ‘Belanja & Menang’

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 DIS – Seramai 20 orang pelanggan bertuah telah dipilih dalam cabutan bonus ‘Belanja & Menang’ anjuran Jaya Hypermart, Rimba Point, hari ini.

    Cabutan telah dibuat oleh empat pelanggan yang hadir dengan setiap mereka mencabut lima nama pemenang. Di samping itu, pelanggan-pelanggan lain juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik menerusi kuiz yang diadakan.

    Setiap pemenang cabutan bertuah berkenaan akan menerima baucar membeli-belah bernilai $200 serta bayaran balik jumlah resit kemenangan dengan jumlah keseluruhan yang dibayar balik adalah $485.08.

    Menurut kenyataan yang diberikan, kempen berkenaan telah berjalan dari awal Oktober hingga penghujung November lalu di mana, para pelanggan yang berbelanja di mana-mana 10 cawangan di bawah Kumpulan Syarikat-syarikat Milimewah layak untuk menyertai cabutan bertuah berkenaan.

    Kakitangan Jaya Hypermart cawangan Rimba Point ketika mengaduk lebih 10,000 penyertaan dari 10 cawangan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda