Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    20 pelombong mati ditembak

    PAKISTAN, 11 OKT – Seramai 20 pelombong arang batu mati ditembak dalam serangan semalaman oleh sekumpulan lelaki bersenjata lengkap yang mengepung tempat penginapan mereka di wilayah Balochistan barat daya Pakistan, kata polis hari ini.

    “Kira-kira 40 penyerang melepaskan tembakan ke arah pelombong selama setengah jam bermula sekitar 12:30 malam sebelum melarikan diri,” kata ketua polis di daerah Duki, Asim Shafi, di mana serangan itu berlaku.

    “Mereka mempunyai pelancar roket dan bom tangan,” tambahnya.

    Pegawai kanan kerajaan di daerah itu, Kaleemullah Kakar, turut mengesahkan jumlah kematian.

    Kumpulan pemisah di Balochistan kerap menyasarkan projek pengekstrakan sumber asli di seluruh wilayah yang kaya dengan mineral.

    Kebanyakan projek itu dibiayai dan dikendalikan oleh negara asing terutamanya negara jiran China yang dituduh oleh puak bersenjata sebagai menyimpan kekayaan. – AFP

    Seorang lelaki yang cedera menerima rawatan di sebuah hospital di Quetta, Pakistan pada 11 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda