Friday, January 3, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    20 pemenang Promosi BIBD Cards Privilege diraikan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN –  Seramai 20 orang pelanggan Bank Islam Brunei Darussalam telah terpilih sebagai pemenang bertuah bagi Promosi BIBD Cards Privilege dan menerima hadiah mereka dalam majlis yang berlangsung di Sim Kim Huat (SKH) cawangan Sengkurong pada 7 Jun lalu.

    Hadir untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Timbalan Ketua Kumpulan Perbankan Runcit (Jualan, Ar-Rahnu dan Perdana), Awang Junaidi bin Bahrum dan Pengarah SKH, Lee Chiap Kiang.

    Pada majlis berkenaan, para pemenang masing-masing membawa pulang hadiah berupa baucar membeli-belah bernilai $300, yang menawarkan mereka pengalaman membeli-belah yang menguntungkan di SKH.

    Kempen BIBD Cards Privilege diadakan selama enam bulan bermula 1 Disember 2023 hingga 31 Mei 2024, yang dikendalikan dengan kerjasama SKH Department Store.

    Ia bermatlamat untuk meningkatkan lagi pengalaman membeli-belah pelanggan-pelanggan BIBD dan memberikan ganjaran kepada mereka atas kunjungan serta sokongan berterusan mereka.

    Sepanjang kempen itu, para pelanggan dimasukkan dalam cabutan bertuah dengan setiap transaksi yang diluluskan yang dibuat menggunakan kad-kad BIBD di mana-mana cawangan SKH termasuk Kiulap, Sungai Hanching, Sengkurong, Mata-Mata, Manggis, Berakas, Tutong dan Gadong.

    Majlis penyampaian hadiah berkenaan turut diadakan selaras dengan ulang tahun penubuhan SKH.

    Transaksi kad kredit memberikan setiap peserta dua penyertaan manakala transaksi kad debit memberikan mereka satu penyertaan.

    Di samping itu, setiap perbelanjaan terkumpul $50 juga memberikan penyertaan tambahan iaitu dua bagi pengguna kad kredit dan satu bagi pengguna kad debit di mana ia meningkatkan lagi peluang untuk menang bagi mereka.

    Kempen itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan BIBD untuk memupuk sebuah ekonomi digital, memperkemaskan transaksi kewangan serta menyediakan penyelesaian perbankan inovatif yang memberikan manfaat kepada negara dan pelanggan.

    – Gambar serahan BIBD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda