Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 APRIL – Bank Baiduri sekali lagi mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada 20 pemenang terakhir, hari ini, di First Emporium & Supermarket, Batu Satu dalam promosi A Spree for Your Festive Shopping bank berkenaan.
Hadir sama di majlis itu ialah Pengarah Eksekutif First Emporium & Supermarket, Anton Lim dan Ketua Perniagaan Kad Bank Baiduri, Davern Lim serta beberapa eksekutif kanan dari Bank Baiduri.
Awang Muhammad Abdul Wafiy bin Affandy yang merupakan salah seorang pemenang telah berkongsi kegembiraan dan terkejut apabila menjadi salah seorang pemenang promosi bank berkenaan, selain menantikan lebih banyak promosi dari Baiduri yang boleh
beliau manfaatkan pada masa hadapan.
Sepanjang promosi itu, jumlah keseluruhan 40 pemenang telah dipilih, di mana 20 daripada mereka menerima hadiah berupa peluang membeli-belah bernilai $250 semasa majlis penyampaian hadiah tersebut, yang mana majlis penyampaian sebelum ini juga telah diadakan di First Emporium Madang.
Promosi yang berlangsung dari 3 Mac hingga 13 April itu memberi peluang kepada semua pemegang kad kredit dan debit Baiduri, di mana pelanggan yang membelanjakan minimum $68 dalam satu resit di First Emporium Madang atau cawangan Batu Satu layak untuk mendapatkan satu penyertaan dalam cabutan bertuah.
