Monday, February 24, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    20 penunggang motosikal sertai konvoi sempena HK-41

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 FEB – Sekumpulan 20 penunggang motosikal terdiri daripada pelanggan Honda Btop Motors memulakan perjalanan khas sejauh 41 kilometer bagi memperingati Hari Kebangsaan Brunei Darussalam yang ke-41 pagi tadi.

    Dipimpin oleh ketua marshal Nick David, dibantu oleh sweeper dan penanda Awang Abu Hanifah, konvoi berkenaan bermula dari bilik pameran Honda Btop Motors melalui lokasi-lokasi utama, termasuk Jerudong Park, Mentiri, Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien, Kota Batu dan berehat sebentar di Eco Park.

    Perjalanan kemudiannya diteruskan lagi melalui Jalan Kumbang Pasang sebelum berakhir di sebuah restoran di Gadong Central.

    Sebelum perjalanan bermula, para penunggang menerima taklimat keselamatan daripada marshal dan bersama-sama membaca Al-Fatihah bagi memberkati perjalanan serta menghormati rakan penunggang yang telah pergi terlebih dahulu.

    Taklimat sebelum memulakan acara.
    Antara penunggang yang menyertai acara berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda