Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    20 peserta berentap di Alim Pool and Cafe

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Awang Mohd Riyyat Iman Mustaqim bin Mohd Shahjohan muncul sebagai pemenang Kejohanan Amatur 9-Ball Master Alim 2019 selepas menewaskan Awang Mohd Alinurezzan Mohd Faisal 7-5 pada final di Master Alim Pool and Cafe di Kiulap, baru-baru ini.

    Awang Muhammad Hassanul Hadi Ikram bin Haji Dayang pula memenangi tempat ketiga selepas mengalahkan Jannatul Naaim 6-4 yang menduduki tempat keempat.

    Lapan cueist teratas antara 20 peserta yang mengambil bahagian ialah Awang Mohd Hafiz, Syukrin, Awang Yamiin Muzakkir dan Awang Bukhari.

    Hadiah-hadiah kemenangan disampaikan oleh Pengurus Master Alim, Pengiran Mohd Faiq Hafizuddi

    Para pemenang Kejohanan Amatur 9-Ball Master Alim 2019 bergambar dengan pingat kemenangan masing-masing.

    n bin Pengiran Haji Jalaludin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda