BELAIT, 18 SEPT – Lebih 20 orang belia dari institusi pengajian tinggi, persatuan belia dan komuniti dari Daerah Belait menyertai Kelas Asas Masakan bagi roti, pastri dan minuman yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini di Pusat Belia cawangan Daerah Belait.
Kelas masakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Belait dengan kerjasama Persatuan PERTIWI itu diadakan untuk membantu golongan belia memperoleh pemahaman dan gambaran yang lebih baik tentang seni kulinari serta membiasakan diri dengan pelbagai bahan asas dan resipi yang mudah diikuti.
Semasa kelas berkenaan, para peserta terlebih dahulu akan menghadiri kelas teori kulinari pada sebelah pagi sebelum mereka mengambil bahagian dalam beberapa sesi praktikal di mana mereka dapat memasak resipi yang ditampilkan dalam kelas dan memahami teknik yang digunakan untuk membuat roti, pastri dan minuman melalui pengalaman langsung.
Pengerusi Persatuan Pertiwi, Dayang Fatimah binti Tanji menyatakan bahawa kelas berkenaan mewakili salah satu daripada banyak saluran untuk membolehkan belia menimba pengalaman dalam memasak pelbagai hidangan dan resipi yang terkenal dan digemari di seluruh negara, serta menyampaikan ilmu terkumpul dan kebijaksanaan daripada orang tua kepada remaja.
Antara hidangan yang dihasilkan oleh belia ialah roti mini yang membolehkan mereka membuat burger daging, yang dinikmati semasa makan tengah hari.
Kelas masakan berkenaan dijadualkan diteruskan untuk beberapa hari akan datang dan akan berakhir pada 21 September.
(Klik di sini untuk berita lanjut)