Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    20 sertai Program Pembuatan Bebola Karang

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 NOV – Seramai 20 sukarelawan yang berdedikasi daripada Brunei Gas Carriers (BGC) baru-baru ini telah menyertai Program Pembuatan Bebola Karang yang dianjurkan oleh LAUT Brunei sebagai usaha dan sokongan mereka terhadap kelestarian alam sekitar.

    Program tersebut diadakan untuk menghargai peranan BGC sebagai rakan kongsi bagi Minggu Lautan Brunei yang julung kali diadakan Jun lalu.

    Acara itu dimulakan dengan ceramah pemuliharaan marin yang disampaikan oleh Pengurus Pemasaran Poni Divers, Donna Baltazar.

    Sepanjang program itu, para sukarelawan BGC berpeluang membina tujuh bebola karang, dengan menukar bahan mentah kepada struktur penting yang direka untuk menyokong dan menambah baik ekosistem marin.

    Di akhir acara, cenderamata penghargaan telah disampaikan kepada BGC menerusi Pengurus QHSSE, Kapten Haji Mohatarshah bin Haji Othman, sebagai mengiktiraf usaha dan sumbangan mereka kepada pemuliharaan marin. Selain itu, semua peserta turut dianugerahkan sijil masing-masing sebagai mengiktiraf mereka sebagai pembuat bebola karang bertauliah.

    Penyertaan aktif BD+GC dalam menyokong Minggu Lautan Brunei tahun ini menekankan dedikasi teguh mereka untuk menjaga ekosistem marin. Kerjasama antara BGC dan LAUT Brunei bukan sahaja menggalakkan amalan lestari tetapi juga penglibatan masyarakat dalam penjagaan alam sekitar.

    Antara yang terlibat. – GAMBAR SERAHAN LAUT BRUNEI
    GAMBAR SERAHAN LAUT BRUNEI
    Salah seorang peserta semasa menerima sijil pada acara tersebut. – GAMBAR SERAHAN LAUT BRUNEI
    GAMBAR SERAHAN LAUT BRUNEI
    GAMBAR SERAHAN LAUT BRUNEI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda