Seramai 20 orang ahli Kelab Trail Run 4 Health Crew dan Kelab Komuniti Belia Transformasi (KKBT) telah menjalani aktiviti riadah mendaki Bukit Batu Bujang Pahang di Kampung Menunggol baru-baru ini. Kumpulan tersebut, yang diketuai oleh Mohammad Fazry bin Haji M Talip, telah membuat pendakian sejauh 11km dalam masa tiga jam setengah. – BB