Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    20 tahun kahwin, rumah tangga Nicole Kidman, Keith Urban berkecai

    Hampir dua dekad mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti Hollywood Nicole Kidman dan Keith Urban dilaporkan berpisah selepas tidak sebumbung selama beberapa bulan.

    Begitupun, sumber terdekat mendedahkan Kidman sebenarnya berusaha keras mempertahankan perkahwinan mereka, namun akhirnya terpaksa akur dengan keadaan.

    “Nicole tidak mahukan perpisahan ini terjadi membuatkannya masih cuba untuk mempertahankan perkahwinan mereka.

    “Namun, jarak dan kesibukan jadual kerja masing-masing memberi tekanan besar terhadap hubungan tersebut,” katanya.

    Menurut Kosmo, sehingga kini, tiada sebarang pengesahan rasmi mengenai proses perceraian yang dikatakan sudah difailkan kedua-dua pihak.

    Manakala, menurut laporan media aktres berusia 58 tahun itu dan suaminya juga penyanyi country popular, Urban, 57, mula tinggal berasingan pada musim panas lalu. – Agensi

    Selama 20 tahun menjalani kehidupan rumah tangga, Nicole dan Keith kini membawa haluan masing-masing. – Kosmo
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda