Khamis, November 20, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    20 tahun menyepi, Juliana Banos akhirnya sah sertai GenKRU The Finale

    Impian peminat untuk melihat Datin Juliana Banos kembali ke pentas akhirnya tercapai apabila penyanyi yang popular menerusi lagu Cinta Gila itu disahkan sebagai salah seorang artis undangan Konsert GenKRU The Finale: One More Time di Stadium Hoki Bukit Jalil, Sabtu ini.

    Datuk Norman Abdul Halim berkata, kemunculan Juliana atau nama sebenarnya Juliana Azman Banos menjadi detik istimewa memandangkan ini adalah kerjasama pertama mereka selepas lebih 20 tahun penyanyi itu memilih untuk menumpukan perhatian pada keluarga.

    “Sebenarnya kami sudah lama cuba mendapatkan dia untuk konsert di Singapura, tetapi ada beberapa perkara yang tidak sempat diselesaikan.

    “Bila kami umumkan The Finale, kami cuba pujuk sekali lagi dan Alhamdulillah Juliana bersetuju untuk kembali membuat persembahan bersama kami,” katanya kepada BH Online.

    Norman berkata, walaupun sudah lama tidak berhubung dengan Juliana, proses mendapatkan persetujuannya tidaklah sukar, namun mereka menghormati keutamaan penyanyi itu yang kini lebih selesa memberi fokus pada keluarga.

    “Dia kini mempunyai tiga anak dan persembahan ini lebih kepada ingin menjadi kenangan untuk anak-anaknya.

    “Namun, lagu yang akan dibawakan nanti…biarlah kekal sebagai kejutan. Kalau cerita sekarang, hilanglah ‘moment’ konsert,” katanya.

    Menghangatkan lagi konsert kemuncak itu, Norman turut berkongsi bahawa tiga lagi artis undangan belum diumumkan dan hanya akan didedahkan pada hari persembahan.

    “Setakat ini, kami umumkan tiga saja. Ada lagi tiga artis rahsia. Untuk senarai lagu pula, kami ubah 16 lagu berbeza daripada konsert di Axiata Arena,” katanya. – Agensi

    KRU bersama Juliana Banos yang kembali membuat persembahan selepas lebih dua dekad hilang dari radar seni. – BH Online
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda