Friday, January 31, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    20 terima kad edisi terhad BIBD

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OGOS – Seramai 20 orang pemohon pertama bagi kad edisi terhad ulang tahun ke-30 Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) menerima kad mereka dalam majlis yang berlangsung di BIBD Cawangan Kiulap, hari ini.

    Kad edisi terhad berkenaan telah diumumkan pada awal bulan ini, di mana kad-kad eksklusif itu mendapat sambutan yang amat positif, mencerminkan sokongan dan kesetiaan berterusan pelanggan-pelanggan BIBD yang amat dihargai.

    Hadir untuk menyempurnakan penyampaian kad-kad eksklusif berkenaan kepada para penerima ialah Timbalan Ketua Perbankan Runcit BIBD, Awang Junaidi bin Bahrum.

    Dalam kata alu-aluannya, beliau menyatakan bahawa dengan BIBD menandakan mercu tanda yang signifikan berkenaan, bank tersebut ingin mengiktiraf sambutan yang luar biasa daripada pelanggan mereka yang mendaftar untuk mendapatkan kad-kad edisi terhad itu.

    Keterujaan mereka, tambahnya, merupakan bukti yang nyata mengenai hubungan berkekalan antara BIBD dengan pelanggan-pelanggannya yang kekal menjadi asas kepada kejayaan BIBD dalam tiga dekad kebelakangan ini.

    Awang Junaidi bergambar ramai dengan para penerima pertama kad edisi terhad ulang tahun ke-30 BIBD, kelmarin. – Gambar oleh Sim Y.H.
    Timbalan Ketua Perbankan Runcit BIBD menyampaikan kad kepada Dayang Noorhidayah di majlis yang berlangsung di Cawangan BIBD Kiulap, kelmarin. – Gambar oleh Sim Y. H.
    Awang Junaidi menyampaikan kad kepada Awang Isamuddin Fitri di majlis yang berlangsung di Cawangan BIBD Kiulap, kelmarin. – Gambar oleh Sim Y. H.

    Penerima kad edisi terhad Visa Gold, Awang Isamuddin Fitri bin Idrus dalam temu bual ringkas bersama Media Permata, menyatakan bahawa rekaan kad yang menarik serta melambangkan sambutan ulang tahun ke-30 BIBD membuatnya teruja untuk memohon mendapatkan kad berkenaan.

    Menurutnya lagi, beliau merasa amat gembira terpilih sebagai salah seorang penerima pertama kad berkenaan,

    Sementara itu, penerima kad edisi terhad Visa Platinum, Dayang Noorhidayah binti Haji Salleh berkata beliau amat gembira terpilih sebagai salah seorang penerima pertama bagi kad edisi terhad berkenaan.

    Beliau menyatakan bahawa keunikan rekaan yang menawan kad berkenaan serta warnanya yang amat menarik mendorongnya untuk memohon mendapatkan kad edisi terhad itu.

    Kad edisi terhad berkenaan mengetengahkan rekaan yang segar dan moden, melambangkan evolusi jenama BIBD dan komitmennya kepada inovasi. Kad-kad berkenaan dipercayai akan menjadi barang pengumpul yang memperingati ulang tahun ke-30 serta pada masa yang sama mengetengahkan semangat berpandangan ke hadapan BIBD.

    Dengan BIBD meraikan perjalanan 30 tahunnya, acara itu dihasratkan sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan-pelanggannya bagi kesetiaan dan kepercayaan mereka yang tidak berbelah bahagi.

    Pelanggan-pelanggan yang telah mendaftar bagi kad-kad tersebut akan menerimanya dalam masa yang terdekat. Bagi mereka yang berminat untuk memohon bagi kad-kad edisi terhad berkenaan, mereka dinasihatkan untuk berkunjung ke cawangan BIBD yang terdekat untuk membuat permohonan.

    Kad-kad berkenaan adalah tertakluk pada ketersediaan dan bayaran penggantian kad standard dikenakan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda