Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    20 terkorban dalam banjir kilat di China

    BEIJING, 21 JULAI – Banjir kilat di utara dan barat daya China telah mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang dan puluhan yang lain dilaporkan hilang, kata media kerajaan kelmarin, selepas hujan lebat selama seminggu melanda seluruh negara.

    Beberapa kenderaan di barat laut wilayah Shaanxi jatuh ke dalam sungai yang melimpah lewat Jumaat selepas sebuah jambatan runtuh, dengan sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan lebih 30 hilang, lapor agensi berita Xinhua. Siasatan awal menunjukkan 17 buah kereta dan lapan trak telah jatuh ke dalam sungai di bandar Shangluo.

    Rakaman di televisyen kerajaan menunjukkan sebahagian jambatan yang sebahagiannya tenggelam dengan aliran sungai yang meluru di atasnya.

    Seorang saksi memberitahu media tempatan bahawa dia telah menghampiri jambatan tetapi pemandu lain mula ‘menjerit kepada saya untuk brek dan memberhentikan kereta.’

    “Sebuah lori di hadapan saya tidak berhenti” dan terjunam ke dalam air, kata saksi bernama Meng. – AFP

    Bahagian jambatan yang runtuh kelihatan di Shangluo, di wilayah Shaanxi utara China pada 20 Julai 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda