KABUL, AFGHANISTAN, 29 JULAI – Angka kematian akibat serangan ke atas pejabat calon seperjuangan presiden Afghan dan bekas ketua perkhidmatan risikan di Kabul telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 20 orang hari ini, kata pegawai.
Kira-kira 50 orang lagi lainnya mengalami kecederaan dalam serangan semalam ke atas ibu pejabat parti Trend Hijau, yang berlangsung selama beberapa jam dan termasuk satu pertempuran dengan anggota keselamatan dan penyerang, yang bersembunyi dalam bangunan, menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri Nasrat Rahimi.
Beberapa lelaki bersenjata dibunuh oleh anggota keselamatan, kata Rahimi.
Sasaran penyerang, calon naib presiden dan bekas ketua risikan Amrullah Saleh, ‘dikeluarkan’ dari bangunan dan dipindah ke lokasi yang selamat,” kata Rahimi.
Kira-kira 85 orang awam lain juga diselamatkan dari dalam bangunan.
Tidak ada sesiapa yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, namun Taliban dan kumpulan Islamic State adalah aktif di ibu negara dan telah melancarkan serangan besar-besaran di Kabul sebelum ini. – AP
