Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MAC – Seramai 200 orang anak yatim telah menerima sumbangan derma daripada pelbagai pihak pada Majlis Penyampaian Derma Anak-anak Yatim dan Berbuka Puasa yang berlangsung di Dewan Muhibbah, Jabatan Daerah Brunei dan Muara, kelmarin.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap (Perbandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Abdul Walid bin Haji Matassan.
Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa, dan seterusnya penyampaian sumbangan derma kepada anak-anak yatim daripada wakil syarikat-syarikat swasta dan persendirian terdiri daripada tetamu kehormat dan Chong Ain Hong, Firoz Khan Namroz Khan, Heng Teng Chai, Thomas Koh dan Heng Ah Hing.
