Saturday, April 19, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    200 bot pelancongan Semporna bantu promosi VM2020

    SEMPORNA, 8 DIS – Kira-kira 200 bot pelancongan di Semporna terpilih bagi membantu mempromosikan kempen Visit Malaysia 2020 (VM2020) kepada pelancong domestik serta antarabangsa.

    Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata pengangkutan seumpama itu julung kali diangkat sebagai antara medium mempromosi pelancongan negara.

    “Bot merupakan salah satu pengangkutan penting di bahagian pantai timur Sabah termasuk Semporna, dan daerah ini menerima kemasukan 900,000 pelancong sejak awal tahun ini.

    “Sebanyak 200 bot akan terlibat dengan penyerahan bendera VM2020 dan harapan saya dengan usaha sama berkenaan, dapat mengangkat Sabah menjadi lokasi pelancongan unggul di peringkat antarabangsa,” katanya. – Bernama

    Sebahagian bot pelancong yang menjadi tumpuan pelancong untuk ke pulau-pulau berhampiran di Jeti Pelancongan Bangau-Bangau. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda