Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    200 bubur diagihkan

    Oleh Imelda Groves HA

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Sebagai kerja amal pada bulan Ramadan, Pasukan Pengakap Kelana Bahagia 1025 telah mengadakan Projek Bubur Kasih Bahagia dengan kerjasama Pusat Latihan Pekerjaan Orang Kelainan Upaya (OKU), Pusat Bahagia Pulaie, di sini, hari ini.

    Menerusi projek berkenaan, sejumlah 200 bubur telah diagih-agihkan ke Masjid Ash- Shaliheen; Masjid Mohamed Bolkiah, Serusop; Masjid Kampung Pulaie; dan Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar. Turut hadir bagi sama-sama menyampaikan sumbangan ke masjid-masjid berkenaan ialah Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Brunei dan Muara, Haji Mohamad Paizzal bin Haji Piluk dan Penolong Pengajar Kanan Pusat Bahagia, Awang Mohammad Aidil bin Jahali.

    Projek berkenaan dihasratkan untuk meningkatkan semangat kesukarelawan dalam kalangan ahli-ahli pasukan pengakap berkenaan.

    Pasukan Pengakap Kelana Bahagia 1025 menyediakan bubur untuk diagih-agihkan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda