Saturday, May 3, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    200 dirai pada majlis iftar

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JUN – Kira-kira 100 orang anak yatim dan 100 orang insan istimewa yang dipilih di Daerah Brunei dan Muara telah diraikan pada majlis berbuka puasa anjuran Harini Catering Service Sdn Bhd dan Syarikat Teguh Mesra Sdn Bhd di Restoran Stadium, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis pada majlis berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud yang kemudiannya turut berkesudian menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dan orang-orang istimewa berkenaan.

    Terdahulu sebelum itu, Surah Al-Fatihah telah dibacakan sebelum disusuli dengan penyerahan sumbangan bagi Tabung Anak Yatim Kebangsaan dan Tabung Anak-anak Yatim Daerah Brunei dan Muara oleh pemilik Restoran Harini, Lim Chai Huat; Toh Sua Kaw bagi pihak Syarikat Teguh Mesra Sdn Bhd; Gun Ann Pang bagi pihak Central Refrigeration & Aircon Co; Lee Eng Cheng; Ang Seng Ming bagi pihak Mandrin Machinery Co Sdn Bhd; Lim Soon Ee; Liew Ting Shong; Lucas Siong San Heng daripada Ho & Siong; Liew Chee Shyeng; Chong Yee Mie daripada Restoran Sui Heng; Wing Wah Glass & Aluminium; Teck Leong Sdn Bhd; Ng Tiong Lee; Andy Lau Sie Chuong bagi Aifa Sdn Bhd; Dato Seri Sim Wee Siang; Pengiran Haji Zulkifly bin Pengiran Haji Umar dan Ang Leong Keong dari Harini Catering Service sdn Bhd; Tan Soo Tiew dari Restoran May Fang; Lim Chai Huat dari Restoran Phongmun Sdn Bhd; Yap Sui Ko daripada Chai Yong Sdn Bhd; How Wan Hai daripada Manria Sdn Bhd; Tan San Leong daripada

    Chop Chin Seng; Chan Kon Fong daripada Teck Onn Dispensary; William Ngui Poh Fook dari Syarikat Pembinaan Makmur Jaya; Quak Boon Chai dari Syarikat Hiap Hin & Son; Lau Chau Seng dari Aewoon Sherwood Sdn Bhd; Lim Kok Kim; Lily Ngo daripada Aifa Sdn Bhd; dan Liew Ting Shong.

    Hadir menerima sumbangan bagi Tabung Anak Yatim Kebangsaan berjumlah $8,300 ialah Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, Awang Abdul Rahman bin Haji Apong.

    Manakala itu, sumbangan untuk Tabung Anak-anak Yatim Daerah Brunei dan Muara berjumlah $8,400 diterima oleh Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim.

    Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan tahlil sebelum azan Fardu Maghrib berkumandang.

    Majlis seumpama ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan bagi membantu meringankan beban anak-anak yatim dan insan yang istimewa serta memeriahkan lagi Sambutan Hari Raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

    Pengiran Mohammad Amirrizal ketika menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda