200 juta dos vaksin untuk agihan sama rata

PARIS, 28 OKT – Pembuat ubat Sanofi dan GSK berkata hari ini mereka akan mengetepikan 200 juta dos vaksin koronavirus dalam inisiatif global bagi memastikan pengagihannya sama rata, termasuk negara miskin.

Adanya kebimbangan besar tentang akses adil vaksin COVID-19 ketika negara-negara kaya telah membeli bilion dos sebelum suntikan diluluskan.

Syarikat ubat Britain dan Perancis itu berkata mereka telah menandatangani kenyataan tujuan bersama perikatan Gavi, yang mentadbir rancangan Covax bagi pengagihan vaksin adil. – AFP