TEMBURONG, 1 April – Kejadian hujan lebat yang berlaku secara berterusan pada awal Disember 2017 lalu telah mengakibatkan banjir kilat sehingga menyebabkan hubungan jalan terputus dan kerosakan kepada rumah-rumah di 23 buah kampung di Daerah Temburong di mana mukim-mukim yang terjejas ialah Mukim Bangar, Mukim Amo, Mukim Bokok dan Mukim Batu Apoi.
Sehubungan dengan itu, bagi meringankan beban mangsa-mangsa berkenaan, majlis penyampaian bantuan kewangan kerajaan kepada 200 orang mangsa yang terjejas telah diadakan di Kem Latihan Program Khidmat Bakti Negara, Batu Apoi, Temburong, kelmarin.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)