Oleh Nurdiyanah R.
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OKT – Sebagai menghargai segala jasa dan pengorbanan serta dedikasi golongan barisan hadapan dalam berdepan cabaran pandemik COVID-19 di negara ini, Suruhanjaya Tinggi India di Negara Brunei Darussalam tampil menyumbangkan 200 pek Briyani Ayam kepada mereka yang bertugas di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), hari ini.
Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Pesuruhjaya Tinggi India ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Ajaneesh Kumar kepada Pemangku Pegawai Ketua Eksekutif Hospital RIPAS, Awang Abdol Hazis bin Haji Ahad di Lobi 5, hospital berkenaan.
Dalam kesempatan itu, TYT Ajaneesh Kumar memberi semangat kepada para petugas barisan hadapan untuk meneruskan usaha mereka dalam meningkatkan perjuangan kerajaan membendung wabak COVID-19 di negara ini.