Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    200 rakyat Filipina mangsa pemerdagangan rayu pulang

    MANILA, 26 OKT – Lebih 200 rakyat Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia di pusat penipuan di Myawaddy, Myanmar memohon bantuan kerajaan Filipina untuk dibawa pulang, menurut Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA), hari ini.

    Setakat Jumaat, DFA memaklumkan Kedutaan Filipina di Yangon menerima 222 “permohonan aktif” bagi bantuan repatriasi daripada rakyat Filipina di kawasan yang dikenali sebagai pusat penipuan, dengan 66 daripadanya dilapor telah menyeberangi sempadan ke Thailand manakala sembilan lagi kini berada di Yangon di bawah jagaan kedutaan.

    “Kedutaan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Myanmar untuk memuktamadkan prosedur penghantaran pulang bagi mereka yang kini berada di kem tahanan dan memudahkan penyelamatan mereka yang masih berada di kawasan pusat penipuan,” menurut kenyataan DFA.

    Kedutaan Filipina juga terus memantau keadaan di Myawaddy susulan laporan yang mengesahkan operasi penguatkuasaan undang-undang di beberapa kompleks penipuan pada 20 Oktober. – Bernama

    Gambar Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda