Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    200 sertai Jungle Walk ke-4

    Oleh Salawati Haji Yahya

    Gambar oleh Rahwani Zahari

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 DIS – Seramai 200 orang telah menyertai Jungle Walk ke-4 anjuran Persekutuan Wusyu Brunei Darussalam, di Taman Rekreasi Tasik Sarubing, Kampung Belimbing Subok, hari ini.

    Pelancaran peserta telah disempurnakan oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Ong Tiong Oh yang turut serta dalam acara berkenaan.

    Pengerusi jawatankuasa penganjur, Louis Leong antara lain menyatakan bahawa aktiviti berkenaan antara lain bertujuan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengukuhkan ikatan serta rangkaian dalam kalangan peserta.

    Menurutnya lagi, aktiviti berkenaan adalah selaras dengan tema Persekutuan Wusyu Brunei Darussalam bagi 2020 iaitu ‘Kehidupan yang
    Sihat’.

    Acara didahului dengan bacaan Doa Selamat, diikuti dengan sesi senamrobik sebelum pembukaan acara dan kemudian Jungle Walk.

    Turut hadir ialah Presiden Persekutuan Wusyu Brunei Darussalam cawangan Daerah Brunei dan Muara, Woo Chung Heng; Timbalan Presiden Persekutuan Wusyu Brunei Darussalam cawangan Daerah Brunei dan Muara, Kong Yew Ping dan Ketua Kampung Belimbing, Awang Daud bin Jihan serta ahli dari pertubuhan lain.

    Yang Berhormat Ong Tiong Oh ketika melancarkan para peserta Jungle Walk di Taman Rekreasi Tasik Sarubing.
    Yang Berhormat Ong Tiong Oh ketika menyertai acara berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda