Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    200 syarikat tempatan sertai Ekspo Produk Tempatan 2023

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 NOV – Dalam menyediakan platfom bagi syarikat-syarikat dan pengusaha-pengusaha tempatan mempromosikan dan meluaskan lagi pasaran produk masing-masing, sebanyak lebih 200 buah syarikat tempat menyertai Ekspo Produk Tempatan 2023 bersempena dengan acara Brunei December Festival ke-7 selama empat hari bermula pada hari ini (30 November) sehingga hari 3 Disember, telah sempurna dilancarkan pagi tadi bertempat di Dewan Bridex 1 dan 2, Jerudong.

    Festival anjuran Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) melalui Darussalam Enterprise (DARe) dihadiri oleh Tetamu Kehormat Bersama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, serta Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

    Turut hadir ke Majlis Pelancaran adalah Ketua-Ketua Perwakilan Asing ke Negara Brunei Darussalam, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Para Penaja dan Pegawai-Pegawai Eksekutif dari agensi-agensi yang terlibat.

    Majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Setiausaha Tetap di Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab selaku Pengerusi Bersama Ekspo Produk Tempatan 2023 yang menekankan bahawa ekspo itu merupakan salah satu usaha pihak kerajaan mengetengahkan produk tempatan kepada pembeli; mengetengahkan dan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai produk yang dihasilkan dan perkhidmatan yang disediakan; memberikan peluang kepada pengusaha-pengusaha dan syarikat-syarikat untuk menjana pendapatan; dan juga peluang bagi mengadakan sesi networking dan business-matching diantara pembekal dan pemborong untuk mengukuhkan lagi rangkaian perniagaan yang sedia ada;

    Syarikat-syarikat yang mengambil bahagian dalam ekspo tersebut bagi mempromosikan serta menjual pelbagai produk dan perkhidmatan keluaran para pengusaha tempatan yang terdiri daripada produk Pertanian dan Agrimakanan; Perniagaan, Perbankan dan Kewangan; Pembinaan dan Hiasan Dalaman; Produk dan Perkhidmatan Hiliran; Perkhidmatan Pendidikan; Perikanan dan Pemprosesan Makanan Laut; Makanan dan Minuman; Pelancongan dan Hospitaliti; Telekomunikasi dan Produk Kreatif; Pengangkutan dan Logistik; Fesyen dan Pakaian; Produk Perkayuan; dan lain-lain.

    Yang Berhormat Dato Dr. Haji Mohd Amin Liew semasa melawat ke salah sebuah syarikat yang ikut serta dalam Ekspo Produk Tempatan 2023. – Gambar oleh Rafi Rosli

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Jumaat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda