Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    200 tan serpihan jambatan Baltimore berjaya dikeluarkan

    BALTIMORE, 1 APRIL – Para pekerja telah berjaya mengangkat keluar bongkah besi pertama, 200 tan jambatan Baltimore yang telah runtuh, kata pegawai kelmarin, ketika usaha sedang dijalankan untuk membersihkan pelabuhan daripada struktur keluli yang dimusnahkan oleh kapal luar kawalan.

    Kru yang bertugas menggunakan alat pemanas api melalui bahagian atas Jambatan Francis Scott Key, yang runtuh apabila kapal kargo Dali kehilangan kuasa melanggarnya Selasa lalu dan telah membunuh enam orang.

    Pihak berkuasa berharap akan dapat mengalihkan jambatan itu dengan cara memotongnya kepada bahagian yang lebih kecil dan mengangkatnya keluar agar dapat membantu penyelamat mendapatkan semua mayat mangsa serta membuka semula lorong perkapalan yang penting.

    “Pengangkatan pertama dibuat semalam selepas pemotongan bahagian atas salah satu bahagian utara Key Bridge selesai,” kata jurucakap Pengawal Pantai Amerika Syarikat, Kimberly Reaves, dalam satu kenyataan.

    “Kepingan yang dikeluarkan semalam adalah kira-kira 200 tan,” katanya, sambil menambah ia akan dipindahkan ke tongkang apabila telah diisi dengan kepingan tambahan kemudiannya akan dibawa ke tapak pegangan serpihan di darat.

    Ketika operasi penyelamatan diteruskan kelmarin, Gabenor Maryland Wes Moore, berkata ‘perkembangan mula berlaku walaupun pada hakikatnya ia adalah situasi yang sangat rumit.’

    Beliau berkata, keadaan cuaca buruk dan serpihan bawah air menyebabkan penyelam tidak dapat membantu.

    Moore memberitahu CNN bahawa kren besar iaitu Chesapeake 1,000 yang boleh mengangkat 1,000 paun sedang digunakan dalam operasi menyelamat. – AFP

    Serpihan dibersihkan dari Jambatan Francis Scott Key yang runtuh ketika usaha untuk membuka semula Pelabuhan Baltimore pada 30 Mac, di Baltimore, Maryland. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda