Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Seramai 2,000 orang dijangka akan menerima vaksin di Pusat Vaksinasi Stadium Tertutup esok (1 Oktober) yang akan dijalankan secara berjadual.
Sementara itu, ujian saringan COVID-19 dengan menggunakan kit ujian pantas antigen (ART)
juga akan turut dilakukan pada hari itu.
Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar mengongsikan perkara tersebut semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, petang tadi.
Yang Berhormat Dato turut mengulas mengenai kes yang dikenal pasti di Pasar Gadong yang telah mengesan sebanyak 10 kes positif COVID-19 sejak lebih kurang tiga minggu yang lepas.
Bagi pengunjung yang berasa risau mengenai keadaan diri mereka setelah berurusan atau mengunjungi kawasan tersebut, mereka adalah disarankan untuk menjalani ujian saringan, tambah beliau.