Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    2,000 Rohingya dihantar pulang

    COX’S BAZAR, Bangladesh, 31 Okt – Pegawai tertinggi Myanmar hari ini berkata negaranya akan mengambil semula kumpulan pertama seramai 2,000 pelarian Rohingya dari perkhemahan di Bangladesh bulan depan meskipun timbul keraguan mengenai cadangan itu.

    Para pegawai dari dua buah negara kelmarin mengumumkan bahawa kira-kira 720,000 Muslim Rohingya yang melarikan diri daripada kawalan ketat tentera di negara itu tahun lepas akan kembali pulang bulan depan.

    Setiausaha luar Myanmar, Myint Thu melawat perkhemahan di Cox’s Bazar hari ini bagi membincangkan penghantaran balik para pelarian.

    Antara tuntutan yang berulang kali diminta adalah mereka diberikan kewarganegaraan Myanmar dengan hak yang penuh sebelum mereka kembali.

    Menurut Thu, Myanmar mengesahkan 5,000 nama di dalam senarai seramai 8,032 rakyat Rohingya yang telah dihantar oleh pihak berkuasa Bangladesh pada Februari lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda