Isnin, 24 November 2025
Klik Lagi

    20,000 pekerja Nissan bakal dihentikan

    TOKYO, 13 MEI – Syarikat pengeluar automotif Jepun, Nissan Motor Co merancang untuk memberhentikan kira-kira 20,000 pekerja di seluruh dunia – lebih dua kali ganda daripada jumlah yang diumumkan pada November lepas – sebagai sebahagian usaha penstrukturan semula yang lebih mendalam bagi memulihkan perniagaannya yang menghadapi kesukaran.

    Menurut agensi berita Kyodo, pengurangan itu mewakili sekitar 15 peratus tenaga kerja global Nissan dan diumumkan menjelang laporan kewangan penuh syarikat bagi tahun fiskal 2024 yang dijadual dikeluarkan Selasa.

    Pemerhati pasaran turut meneliti kesan kenaikan tarif automotif oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap prestasi syarikat pengeluar kenderaan.

    Nissan turut mempertimbangkan untuk menutup satu daripada lima kilang pemasangan kenderaan domestiknya di Jepun, dalam usaha menyusun semula kapasiti pengeluaran dan menangani penurunan jualan.

    Bagaimanapun, langkah itu dijangka mendapat tentangan hebat daripada kesatuan sekerja dan pihak berkepentingan lain.

    November tahun lalu, Nissan merancang untuk mengurangkan 9,000 pekerjaan dan kapasiti pengeluaran global sebanyak 20 peratus menjelang tahun fiskal 2026, susulan prestasi lemah di pasaran AS dan China.

    Pada Februari pula, syarikat itu turut menutup sebuah kilang di Thailand serta dua lagi kilang yang tidak dikenal pasti.

    Pusingan penstrukturan semula terbaharu ini turut dilaksanakan seiring dengan kajian semula strategi pelaburan syarikat di bawah Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu dilantik, Ivan Espinosa, yang memulakan tugas pada 1 April. – Bernama/Kyodo

    Seorang pekerja menjalankan tugas di kilang Nissan Motor Tochigi, di Kaminokawa, Tokyo pada Disember 2023. 20,000 pekerja bakal dihentikan. – Gambar fail AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Edry Abdul Halim pitam usai konsert

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    Berita Berkaitan

    Edry Abdul Halim pitam usai konsert

    Penyanyi Edry Abdul Halim berkongsi keadaan terkini selepas dilaporkan...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...

    Majlis undi calon ketua kampung

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Terkini

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Kamera milik mendiang Paus Francis dijual AS$7.5 juta

    VIENNA, 23 NOV - Sebuah kamera milik mendiang Paus...