Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    200,000 rakyat Sabah bekerja di Semenanjung

    SIPITANG, 24 APRIL – Kerajaan Sabah menerusi inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) sedang berusaha mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak mungkin agar rakyat Sabah tidak perlu berhijrah ke tempat lain, termasuk ke Semenanjung Malaysia, untuk mencari pekerjaan.

    Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata ketika ini hampir 200,000 rakyat Sabah sedang bekerja di Semenanjung Malaysia.

    “Inilah sebabnya mengapa kerajaan Sabah di bawah pimpinan GRS-BN memberi tumpuan kepada usaha mewujudkan negeri yang mesra pelabur bagi menarik pelaburan asing untuk datang.

    Kita mahu bawa masuk pelabur ke Sabah supaya kita dapat wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada kaum belia kita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata 10 syarikat utama telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk melabur dalam Sipitang Oil and Gas Industrial Park (SOGIP) dengan pelaburan berjumlah berbilion ringgit, yang apabila siap, akan memberi manfaat terus kepada orang ramai terutama belia, menerusi penawaran peluang pekerjaan dan limpahan ekonomi.

    Menurutnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran di peringkat awal pembangunannya, kerajaan negeri berjaya mewujudkan Hala Tuju SMJ, yakni rancangan lima tahun bagi memajukan Sabah, yang dilancarkan hanya dalam tempoh enam bulan selepas kepimpinan baharu mentadbir negeri.

    “Dalam tempoh sekitar setahun menerajui kerajaan negeri, kita telah berjaya menarik kehadiran ramai pelabur untuk datang ke sini, dan ada yang telah pun menandatangani perjanjian untuk memulakan operasi di Sabah,” katanya.

    Antara projek berimpak tinggi yang telah dilaksanakan adalah dua di kawasan Taman Perindustrian Kota Kinabalu Industrial (KKIP) dan satu lagi di Paitan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...