Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    2023 bakal catat tahun paling panas dalam sejarah

    PARIS, 6 DIS – Tahun ini dijangka menjadi tahun paling panas dalam sejarah yang direkodkan setelah November yang ‘luar biasa’ menjadi bulan keenam berturut-turut yang memecahkan rekod, kata pemantau iklim Eropah pada hari ini, meningkatkan tekanan kepada perbincangan COP28 untuk bertindak ke atas perubahan iklim.

    Bulan lalu mencatatkan suhu November tertinggi berbanding sebelumnya, mendorong purata suhu global tahun 2023 menjadi 1.46 darjah Celsius lebih panas daripada paras pra-industri, kata Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah (EU).

    Walaupun telah diberi amaran sepanjang tahun bahawa 2023 boleh direkodkan sebagai tahun terpanas sejak 2016, terutamanya setelah rekod suhu jatuh pada bulan September dan Oktober, ini merupakan kali pertama ia disahkan.

    November juga menyaksikan dua hari dengan suhu 2 Celsius (C) lebih tinggi berbanding tahap pra-industri.

    Tiada satu hari seperti itu pernah direkodkan sebelum ini.

    Samantha Burgess, Timbalan Ketua Perkhidmatan Copernicus, menyatakan 2023 kini telah ‘memecahkan rekod enam bulan berturut-turut dan telah mengalami dua musim yang luar biasa.”

    “Suhu November yang luar biasa di peringkat global, termasuk dua hari yang lebih panas berbanding 2C di atas tahap pra-industri, bermakna 2023 adalah tahun paling panas dalam sejarah yang direkodkan,” katanya.

    Para saintis menyatakan bahawa data dari teras ais, lingkaran tahunan pokok dan lain-lain menunjukkan bahawa tahun ini mungkin menjadi yang terpanas dalam lebih 100,000 tahun. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...