PRAGUE, 2 JAN – Perkhidmatan cuaca Republik Czech berkata hari ini bahawa suhu purata untuk 2023 menyamai rekod 2018 sebagai yang paling panas sejak pengukuran dimulakan hampir 250 tahun lalu.
Suhu purata di Prague mencecah 12.8 darjah Celsius pada 2023, kata Institut Hidrometeorologi Czech.
“Dengan suhu puratanya, tahun 2023 berkongsi tempat pertama bersama 2018 daripada pengukuran selama 249 tahun sejak 1775,” kata Institut itu.
Tahun lepas adalah 1.5 darjah Celsius lebih panas daripada purata 1991-2020 dan 3.2 darjah lebih panas daripada purata untuk 1775-2014, tambahnya.
Tujuh tahun paling panas pernah direkodkan di Republik Czech semuanya jatuh dalam tempoh 2014-2023, menurut perkhidmatan cuaca.
Suhu yang mencatat rekod tahun lepas merupakan sebahagian daripada siri peristiwa ekstrem yang belum pernah berlaku sebelum ini di seluruh dunia termasuk gelombang panas, kemarau dan kebakaran hutan yang disebabkan oleh perubahan iklim, menurut saintis. – AFP
