Tahun 2023 merupakan tahun sukar buat penyanyi Malaysia, Aina Abdul sehingga mengalirkan air mata sebelum menyampaikan lagu I Lost Me di konsert A Night With Aina Abdul Live In Singapore pada Sabtu lalu. Memetik laporan mStar, Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 31, berkata, bukan sahaja dari segi perihal peribadi, malah kerjayanya juga menghadapi kesukaran

