Wednesday, July 16, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    2024 penentu akhiri AIDS sebagai ancaman kesihatan

    GENEVA, 22 JULAI – Keputusan yang diambil oleh pemimpin-pemimpin politik tahun ini akan menjadi penentu sama ada sasaran untuk menamatkan AIDS sebagai ancaman kesihatan awam menjelang 2030 dapat dicapai, kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada hari ini.

    Perangkaan dari 2023 menunjukkan peningkatan global dalam bilangan jangkitan baharu, rawatan pesakit HIV positif dan penurunan jumlah kematian, tetapi UNAIDS memberi amaran kemajuan sedemikian masih rapuh.

    Hampir 40 juta orang hidup dengan HIV, virus yang boleh menyebabkan AIDS, menurut laporan baharu PBB itu.

    Kira-kira 1.3 juta jangkitan baharu direkodkan tahun lepas, penurunan sebanyak 100,000 berbanding 2022 dan kejatuhan ketara sejak puncak 3.3 juta pada 1995.

    Tetapi trend jangka panjang masih jauh daripada sasaran UNAIDS sebanyak 330,000 jangkitan baharu tahun depan.

    Angka kematian berkaitan AIDS juga menurun, daripada 670,000 pada 2022 kepada 630,000 tahun lepas, menurut laporan itu. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda